You are here:   Berita > Aktiviti Tempatan > 2010
  |  Login

Aktiviti Sekitar Tahun 2010

   Minimize

SAMBUTAN HARI WANITA 2010

 "1 AZAM WANITA, 1 MALAYSIA"

Tanggal 12 Januari 2011, PI1M Meradong telah mengadakan persembahan Pantomen sempena sambutan Hari Wanita peringkat bahagian Sarikei di Wawasan Inn, Sarikei. Seramai 10 ahli PI1M Meradong telah terlibat sama dalam menjayakan persembahan tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang terlibat.

 

    


 

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2010

25 september 2010, Dewan Perdana S.K. Abang Amin, Bintangor

 

    

(Hakim pertandingan Karaoke, peserta poco-poco & tetamu jemputan)

    

(Dif-dif kehormat yang hadir, bacaan ikrar setia olah PBB & peserta Feshen kanak-kanak)

    

(Peserta Ratu Aidilfitri 2010, Pelakon Monolog 1Malaysia & pemenang hadiah utama cabutan bertuah)

  

(Pemenang Feshen Kanak-kanak & Ratu Aidilfitri 2010)

  

(Ucapan daripada Dato Sri Haji Mohd Asfia Awang Nassar & persembahan nyanyian daripada Y.B. Encik Abu Seman Jahwie)


PESTA NANAS, SARIKEI 2010 (4 - 8 Ogos 2010)

 

Pada 8/8/2010, Ahad yang lalu, PI1M Meradong telah menghantar penyertaan untuk pertandingan poco-poco dan telah menjadi juara di antara 7 pasukan yang menyertai pertandingan ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta......

 

    

  


 SEKITAR KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2010 

      

(sepanjang sesi pelancaran)

      

      

(sekitar sesi aerobik - Senam Kenyalang)


PESTA LIMAU, BINTANGOR 2010

 

(17 Julai - 24 Julai, 2010)

 

   

BIL PROGRAM AKTIVITI TARIKH TEMPAT PEGAWAI
1. PAMERAN Pameran Pembangunan Jabatan/Agensi/Kerajaan/GLC/Swasta 22-24 Julai (9 pagi-5.00ptg) Dewan Masyarakat

Cik Hamidah Halpi H/P : 013-8092972

    Pameran Hasil dan Jualan Hasil Pertanian 22-24 Julai Dewan Masyarakat En. Abg Abdullah Abg Harun TEL : 084-693266
    Pameran Perdagangan (Trade Fair) 18-24 Julai (Pelancaran Rasmi oleh Y.B. Dato Sri William Mawan Ikon pada 18 Julai) Pusat Penjaja Bintangor/Kawasan Jalan Raya Tebingan Sungai

En. Andrian Luang TEL : 084-693295

2 SUKAN Pertandingan Futsal 16-18 Julai Kompleks Sukan Bintangor En. Ahmad Hj Udin H/P : 013-5796149
    Pertandingan Bola Tampar 17-18 Julai Stadium Bola Keranjang, Bintangor  
    Pertandingan Badminton  16-18 Julai Dewan Masyarakat  En. Francis Chen H/P : 013-8861188 
     Pertandingan Bola Keranjang 16-18 Julai  Stadium Bola Keranjang, Bintangor  Cik Ngu Toh Lin H/P : 019-8565891 
     Pertandingan Sepak Takraw 10-11 julai  Kompleks Sukan Bintangor En. Haron Jenai H/P : 013-8183969 
     Pertandingan Petanque 24-25 Julai  Gelanggang Petanque  Tuan Hj Abg Selani H/P : 014-5905378 
     Kejohanan Ping Pong 17-18 Julai  Dewan Pejabat Daerah Meradong Bintangor  En. Haron Sebli H/P : 014-5759466 
 3 PESTA AIR  Sukan Air  24 Julai (7.00pg-12.00tgh)  Tebingan Sungai Bintangor  En. Mohamad Razali Arshad TEL : 084-658003 
 4 SOSIAL  Pertandingan Poco - poco    Stadium Bola Keranjang  En. Mohamad Ariffin Amit H/P : 014-8807192 
     Sukan Rakyat 24 Julai Kompleks Sukan Bintangor  En. Munir Din H/P : 014-5856663 
     Pertandingan Karaoke lagu Iban, Cina dan Melayu 18-20 Julai (2.00ptg-10.30mlm)  Stadium Bola Keranjang, Bintangor  En. Helmi Ekni H/P : 013-8106202 
     Open Stage Show 21-24 Julai (8.00mlm-10.30mlm)  Stadium Bola Keranjang, Bintangor  En. Helmi Ekni H/P : 013-8106202 
     Bintang Kecil dan Pertandingan Mewarna 23 Julai (8.00mlm-10.30mlm)  Stadium Bola Keranjang, Bintangor  En. Abdul Hamid Siong H/P : 013-5746261 
 5 PENANGGUHAN  Perarakan Kereta Berhias dan Pertandingan Tanjung  24 Julai (6.30ptg-10.30mlm)  Jalan Raya sekitar Bandar Bintangor  Cikgu Raden Foji, Cikgu Wong King Ho, Cikgu James Tamelo 
     Pertunjukan Bunga Api 24 Julai (9.30mlm)  Padang Majlis Daerah Meradong dan Julau  En. Sebi Hj Abang H/P : 019-8581850, Pemanca Ngu Ming Kiong H/P : 013-8029901 
 6 KEURUSETIAAN  Pertandingan Mencipta Logo Pesta Limau Bintangor  Tutup : 16 Julai    En. Helmi Ekni H/P : 013-8106202 
     Majlis Penangguhan Rasmi 24 Julai (6.30ptg-10.30mlm)  Pentas Khas Hadapan Public Bank  En. Mastapa Hj. Julaihi H/P : 019-8165498, En. Sebi Hj Abang H/P : 019-8581850 
 7 KEINDAHAN BANDAR  Pertandingan Kebersihan Bandar  18-24 Julai  Bangunan-bangunan kedai, pusat perniagaan dan persekitaran bandar Bintangor  En. Andrian Luang TEL : 084-693295 
 8 KESELAMATAN  Jawatankuasa Keselamatan dan Kawalan      DSP Mohamad Hafifi, S/Insp. Shapii Abu Hassan 
    Kawalan Khalayak/Petugas RELA      Lt Kol Kassim 
 9 KECEMASAN  Jawatankuasa Kecemasan      En. Kosman Kassim H/P : 013-8230323 
 10 KELENGKAPAN  Jawatankuasa Kelengkapan dan Logistic      En. Jawa Gara TEL : 084-693166 

 

 

   

(Gambar atas : Pertandingan Karaoke - saringan)

(Gambar bawah : gerai jualan)

       

         

         

         

  

(Gambar bawah : Pertandingan mewarna kanak-kanak)

      

   

 

 (Pameran)

      

      

      

      

      

        

 

(Pertandingan Bintang Kecil dan Pakaian beragam)

         

      

      

 

__________________________________________________________________________________________

HARI SILATURAHIM MASJID DARUL TAQWA DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KAMPUNG BINTANGOR 2010

   

Bertemakan "UKHUWAH DIBINA KEJAYAAN DIJANA", Hari Silaturahim Masjid Darul Taqwa Bintangor dan Program Anugerah Pelajar Cemerlang Daerah Meradong telah berjaya dianjurkan buat pertama kalinya di Masjid Darul Taqwa pada 18 - 20 Jun yang lalu. Hari Silaturahim merupakan salah satu program Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara semua penduduk Kampung Bintangor. Aktiviti-aktiviti telah dijalankan adalah meliputi aspek kerohanian dan sukan yang dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara penduduk.

             

Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan Bercerita Sirah Nabi, Hafazan Ayat Lazim,Pertandingan Azan dan Berzanji antara zon Kampung Bintangor. Selain itu, terdapat juga pertandingan mewarna, gubahan bunga,anyaman,masakan serta rekacipta (keras tangan). Aktiviti sukan juga tidak ketinggalan diadakan iaitu pertandingan futsal dan sukaneka antara zon.

Program Anugerah Pelajar Cemerlang Kampung Bintangor adalah untuk memberi galakan dan insentif kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Seramai 18 pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah menerima anugerah ini.

               

Dinaungi oleh YB Dato Sri Hj. Mohd. Asfia Bin Awang Nassar, YB Datuk Hjh. Norah bt. Tun Abdul Rahman dan YBhg. Datuk Hj. Hasmi bin Hasnan, Hari Silaturahim ini telah dijayakan dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor, JK Pengurusan Masjid Darul Taqwa Bintangor, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.40 Meradong, JKKK Zon 1, JKKK Zon 2, JKKK Zon 3, JKKK Zon 4, JKKK Zon 5, JKKK Zon 6, JK Pengurusan Darul Ehsan Bintangor, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Meradong, Jabatan Pelajaran Daerah Meradong, SK Abang Amin, Pejabat Daerah Meradong, KEMAS Meradong serta Persatuan Seni Silat Helang Putih Perkasa Cawangan Meradong.

 


 

     

Pada hari Jumaat (23hb April) yang lepas, PI1M Meradong dengan bangganya telah menerima satu lawatan kunjung mesra oleh rombongan daripada pelbagai sektor komunikasi  yang diketuai oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui wakilnya iaitu Y.Bhg Datuk Idris Bin Abdullah. Rombongan seramai 34 orang ini disertai oleh wakil-wakil dari sektor komunikasi yang lain seperti MAXIS, Digi, Celcom dan Telekom Malaysia (TM).